Rabu, 27 Januari 2016

Cara menghapuskan kutu kucing 100%

Ok sambungan entry sebelum ni..rumah diserang kutu. Hasil kajian pendek aku selama dihantui kutu and the gang, kutu merupakan parasit yang menghisap darah haiwan berdarah panas dan manusia. Mulutnya secara khusus dirancang untuk membantu mereka menghisap darah dari organisme. Gigitan kutu menyebabkann kemerahan, rasa sakit, gatal dan pembengkakan pada anggota badan yang terkena. Bekas gigitan biasanya dapat terlihat dalam bentuk bintik-bintik merah dan boleh menyebabkan penularan berbagai penyakit. Nauzubillah

Kutu Kucing ni akan menggigit manusia, tapi tidak hidup di tubuh manusia. Mereka menggigit tangan dan tubuh saat memegang binatang peliharaan atau di tempat tidur binatang, tetapi kutu ini umumnya menggigit di kaki dan kaki bagian bawah. Biasanya lebih banyak kutu yang hidup di karpet atau tempat tidur binatang dibanding di tubuh binatang itu sendiri; mereka akan melompat dan menggigit manusia ketika didekati.

Aku mula 'confirm' rumah diserang kutu bila perasan ada serangga kecil sebesar semut pada leher aku yang membuatkan aku rasa gatal. Serius gatal..tapi bila cuba nak tangkap, tupppppp dia melompat. Memang mencabar nak tangkap seekor kutu. Bukannya mati kalau tampar macam nyamuk tu, susah giler..nak kena tindas/tindih sampai keluar darah baru sah mati hahaha. 


ni ler rupa kutu kucing. 

Saiz kutu kucing dalam 1-2mm atau lebih kurang ibu kutu yang hinggap kat kepala manusia tu. Nampak je kecil, tapi sengatannya berbisa boleh buat kita tak tidur duk menggaru je kerjanya.

Cara menghapuskan kutu kucing

Melalui pengalaman aku diganggu makhluk paling gatal ni, beberapa langkah telah aku ambil dan Alhamdulillah dalam masa lebih kurang seminggu je jejak kutu hilang or lenyap terus dari rumah aku. 

Buah lemon

1. Belah beberapa biji buah lemon dan masukkan ke dalam air.
2. Didihkan dan biarkan sejuk selama 3-4jam supaya larutan menjadi pekat.
3. Tapis untuk buang buah lemon dan bijinya. Masukkan dlm botol spray.
4. Semburkan pada karpet, sofa, alas kaki dan tilam, tempt dimana kutu kucing bersarang.
5. Gunakan larutan ni utk mencuci/mop lantai, kerusi dan meja dimana kutu boleh kelihatan.
6. Semburkan juga pd haiwan peliharaan kita. Aku takde haiwan so tak sembur


Lilin/Lampu

Nyalakan lilin dan letakkan di dalam pinggan kaca berisi air pada dasarnya.  Atau nyalakan lampu dan letak berhampiran dengan takungan air. Letakkan di sudut bilik dalam keadaan bergelap. Kutu memang tertarik pd warna dan cahaya putih. Kutu akan segera terbang ke arah cahaya lilin lalu jatuh ke dalam takungan air dan lemas. 2-3 malam jugak aku try, so far memang ada kutu yang mati lemas tapi tak banyak.


Bayticol

Ni pilihan terakhir lepas pergi kedai Pet shop..Diorang cadangkan guna Bayticol, ubat paling kuat dan efektif untuk bunuh kutu. Harga RM28 kalau tak silap. Walau bagaimanapun racun ini ada bahayanya..boleh rujuk kepada kotak. Alternatifnya aku terpaksa bawak anak aku berhijrah tumpang rumah adik di Kelang semata-mata kerana suami aku nak sembur racun ni dalam rumah. Alhamdulillah lepas semburan Bayticol dan mop seluruh rumah selepas semburan tu kami tak nampak lagi kutu. Gatal-gatal pun lama kelamaan hilang. Yang tinggal cuma parut..aarrrghh.


So, kepada sesiapa yang diserang kutu kucing jangan tangguh2, cepat-cepatla usahakan apa cara sekalipun untuk hapuskan makhluk paling gatal didunia ni..Dan jangan ingat orang yang tak pelihara haiwan tak boleh kena tau, buktinya aku laa...pegang kucing pun setahun sekali kot apetah lagi nak pelihara dalam rumah (ops pstttttt aku syak kutu ni datang dari rumah jiran sebelah...bukan nak tuduh, ada la pernah nampak sekor kucing ni depan rumah diaorang, memang diaorang bagi makan. Satu lagi aku tengok setiap hari dalam tempoh seminggu kutu tu serang, balkoni depan rumah aku dipenuhi karpet, toto, cadar dari rumah sebelah...so lu pikirla sendiri. :-) ok bye




2 ulasan:

  1. Haiii... Bayticol mcm mna nk spray kat rumah?

    BalasPadam
  2. Merkur Gold Review | 2021
    Merkur Gold review: The Merkur Gold Online Safety 메리트 카지노 주소 Razor. Merkur 바카라 is the one to have the most fun of all safety razors. choegocasino It is not a brand  Rating: 4.4 · ‎Review by Mark Knapp

    BalasPadam